Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Banyak-banyak tajuk kenapa yang ni jugak aku pilih?? (Ahha sukati akulah).
OK,sebenarnya benda ni berkaitan dengan hidup kita. Setiap orang akan ada kisah tersendiri samada sedih, gembira, kecewa, Dan mcam-macam lagi. Tapi hari ni aku nak cerita pasal kecewa.
Remaja dan cinta pada zaman sekarang memang tak boleh dipisahkan. Bukti? Ha, gi bukak Facebook, twitter and instagram kalau tak percaya. Berlambak-lambak. Tp aku bukan nak cerita pasal tu, aku nak cerita pasal perangai manusia bila terlalu kecewa bercinta.
Tak salah kecewa tapi biarlah berpada. Kena ingat waktu kita sedih kita masih ada orang yang akan sentiasa sayang kita( besfren n family).
Aku seram bila tengok trend gores-gores anggota badan dengan pisau(or apa-apa yang tajam) sampai berdarah. Lepas tu upload kat media sosial dengan komen yg menunjukkan dia tengah kecewa. Apa kebaikannya buat macam tu?? Aduh la.
Tak salah kita melupakan. Aku akui aku pernah kecewa tapi aku try untuk lupakan. Dan aku berjaya lupakan dia. Melupakan agak perit tapi percayalah lama-kelamaan hati kau akan jadi tenang . INGAT! Satu pergi sepuluh mari. Jangan bazirkan masa menunggu sesuatu yang belum tentu akan kembali kepada kita. Sebaliknya kita kena lupakan. Kerana, kalau tidak kita yang akan sengsara. Kalau dia dah tak nak, we need to move on.
Sekian,coretan aku untuk hari ni.
Sometime we need to forget because forget is better than remember...
Inthunder In
Tiada ulasan:
Catat Ulasan