Khamis, 26 Mac 2015

Jatuh Cinta Pandang Pertama


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

     Jatuh cinta pandang pertama? Ha, siapa pernah kena?? (Hehe saya!) Ok, jom start cerita.
     Jatuh cinta pandang pertama aku waktu sekolah menengah adalah waktu aku tingkatan dua. Ok, ringkaskan lagi, hari tu Jumaat. Semua pelajar kena pergi dewan sebab ada bacaan yassin. (Termasuk la aku) 
     Lepas habis baca yassin ada cikgu kaunseling tengah nak bercakap. Cikgu tu pulak kalau bercakap memang agak boring(hehhe). Jadi masa dia tgh ber'ceramah' tu memang majoriti budak2 dalam dewan tak bagi tumpuan (termasuk aku jgk..hihhi).
     So, disebabkan bosan aku pun panjangkan leher aku sepanjang-panjangnya and mula tgok keadaan dalam dewan. Mata aku dok khusyuk tgok budak lelaki. Dari situ aku nampak ada yg tengah tidur, bercakap and bergelak dengan bahagianya seolah-olah cikgu td tu tak wujud. (Aku pun sama.hahha).
     Tiba-tiba, mata aku terhenti pada seorang abang senior ni. DUP DUP. Jantung aku berdetak (cehh). Aku perhati dia. Aku tgok dalam ramai-ramai budak lelaki yg aku skodeng, dia SEORANG je yang beri tumpuan pada apa yg ckgu tadi tu cakap kat depan. Sekali-sekala dia senyum. Mungkin cikgu tadi tu buat lawak (aku tak pasti sebab aku tak dengar. Hahaha). Mata aku pulak macam dah kena gam sebab tak boleh nak alihkan mata dari tengok abang tu.
     Jantung aku berdegup laju gila. Tak tahu nak cakap macamana tp entah lah.(hahha). Aku tengok abang tu sangat hensem. Seolah-olah ada cahaya spotlight keatas dia. Sebab dia je paling menyerlah pada pandangan aku. Dengan songkok dan baju melayu putih, (dan sedikit senyuman) abang tu betul-betul dah buat jantung aku berdegup laju gila. 
     Waktu program bacaan yassin dah habis, semua pelajar balik ke kelas masing-masing. Aku perhati abang tu nk kemana sebab sebelum ni aku tak pernah nampak dia. Oh, rupanya dia tingkatan 4 sebab aku nampak dia ke barisan kelas tingkatan 4. Mungkin dia baru masuk sebab sebelum ni aku tak pernah nampak dia. Aku masuk ke kelas aku sambil tersengih. Kawan aku tanya kenapa so aku pun ceritalah kat dia aku nampak sorang abang comey. 
     Hari-hari berikutnya aku akan selalu nampak dia terutama hari rabu. Hari tu je la aku ada peluang tgok dia gi surau. Ahahaha. Abang tu naik basikal je pergi sekolah. Tapi kan, aku perasan abang tu macam tak ada kawan. Kesian aku tgok dia. Rasa macam nak tegur dia. Tapi takde keberanian nak buat macam tu. Tapi nasib baik dia ni pandai. So, lama kelamaan makin ramai orang nk kwan ngan dia. Aku selalu balik lambat dulu so selalu nampak dia ulangkaji. (Rajin) sikap dia lah menyebabkan aku bertambah suka pada dia. Hahaha.
     Waktu first time aku tunjuk kat member aku "abang idaman" aku tu, diorang kata aku tak ada taste. (-,-|||). Ada jugak yang kata kat aku, abang tu sombong. Tapi satu benda je aku nk cakap. Aku suka dia disebabkan senyuman dia. Ya, aku pernah nampak dia senyum jadi aku tahu yang dia tu normal.(hahha). Mungkin dia agak mahal dengan senyuman tapi, bila dia senyum,,, lagi manis daripada gula taw. (Hahaha). Aku suka dia dengan seadanya.
     Lagi satu, aku baru tahu nama betul dia waktu aku form 3. Punya la kuno aku ni kan. Hahaha. And aku dapat tahu dia ada mix Thailand. Waktu aku form 3 jugak aku tahu dia suka kat sorang budak kelas aku. Hmm. Sedih taw. Aku suka dia daripada form 2 tapi sebab segan nak bagitahu aku pendam je la. Tak apalah suka dari jauh. Asal dia happy. Oh ya, pasal dia dgn budak kelas aku tu, diorang rapat. Tapi budak kelas aku tak suka kat dia pun cuma kawan je (harap betul la..huh). Lastly, waktu aku form 4, aku tgok dia ambil result SPM. Biasalah budak pandai. Dia dapat 9A. Satu subjek je tak dapat A. Aku tak pasti apa.
     Well, dia pun dah tak ada kat sekolah tu. Aku masih ada sikit perasaan kat dia. Biasa lah, cinta pandang pertama. Aku harap dia berjaya dalam hidup dia. 

Sekian. Thanks :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan