Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
It's been a long time since the last post..haha sorry guys.. I'm so busy. (School, student, family) ..
Ok fine, poyo kejap speaking omputeh.. Hehe. Berhabuk sudah ye blog ni..
Hari ni aku nak cerita sikit lah pengalaman awal tahun persekolahan. Seriously sucks. Aku sangat amat teramat stress. Aku sendiri tak pasti berapa kali aku rasa nak bunuh orang(hahaha) joking only.. I know, tak lawak tapi gelak je lah k? -_-
Okay comel comel sekalian, back to the topic. STRES. I bet semua orang memang pernah stres especially orang dewasa dan remaja. Disebabkan aku stress sekarang, jadi aku nak cerita faktor utama stres dalam kalangan remaja. *pheww*
1↠ PERSEKITARAN @ NATURE
Hahaha yang ni memang faktor utama tau. Ok, just imagine, korang ada dalam kelas yang full dengan budak yang kuat study and pandai. Apa korang rasa? Memang beruntung sebab korang akan terdidik dengan nature yang positif. Tapi, untuk orang macam aku (kurang pandai, cepat mengantuk, lambat faham) , nature yang macam tu sangat stres (T_T) *wuuwuu*
Aku rasa macam pressure sangat bila tak dapat compete dengan bebudak ni. Dari segi pergaulan Alhamdulillah kelas aku ok. Tapi, macam yang aku cakap, bila kita tak dapat adopt dengan suasana baru, kita memang akan stress.
2↠KAWAN
Biasalah kalau 3G (gaduh-gaduh gedik) dengan kawan sendiri kan. Especially kalau yang rapat dengan korang. Tapi, macam mana kalau u guys dapat kawan yang backstabber (tikam belakang) atau yang jenis bullshit mouth (mulut jahat) ?? Haha, aku bet korang memang akan down and murung tahap petala kelapan. Alhamdulillah aku dapat members yang baik bukan spesies dua tadi.
Ok, untuk kawan yang backstabber ni, aku rasa mungkin ada yang pernah jumpa jenis macam ni. Especially kalau yang jenis ramai kawan. Dalam ramai-ramai kawan dia, mesti ada sorang yang spesies backstabber. Backstabber tu pada aku lah kan(pendapat aku) ialah orang yang akan malukan atau jatuhkan korang dalam diam. Biasanya orang yang selalu puji korang tanpa sebab tu yang korang kena hati-hati. Misalnya:
A→ Untung dapat jadi kau.. Dah lah pandai, cantik, ramai orang suka pulak tu.
Si A ni mungkin cemburu ngan korang and pujian tu mungkin membawa maksud awal yang dia nak bersaing (berlawan, saling mengatasi) dengan korang. Kalau A jenis berfikiran matang, dia akan bersaing dengan korang secara sihat. Tak perlu guna cara kotor. Tapi kalau si A ni berfikiran kurang matang, dia akan bersaing dengan cara yang kotor. Misalnya dia akan jatuhkan korang dengan memalukan korang supaya korang down and stress. See betapa bahayanya dan ntahapahapa nya si backstabbers ni.
Bagi kawan yang jenis bullshit mouth ni aku tak mahu cakap banyak. Korang sendiri pernah mengalaminya kan? Ok, lah, selalunya bila masuk bab mulut jahat ni majoriti adalah perempuan. Why? Ohh ya yaa.. sebab perempuan ni caring. That's why hal orang pun dia ambil tahu selalu. Girls, seriously, jagalah mulut tu sebaiknya. Macamana kau kena jaga aurat, adab and akhlak, macam tu juga lah kau kena jaga mulut kau. Bila orang bergosip mengenai kau, just redha dan mengadu pada Allah. Kalau tak pun, menangis je lah. Nak menangis kat mana pun ikut kau lah. Asalkan boleh kurangkan rasa sedih tu. Bila jadi macam tu(kena kutuk, fitnah etc) ingat balik,,, mungkin tu balasan @ kifarah dari Allah (sebab kau dulu pernah buat benda yang sama) atau mungkin tu ujian Allah (supaya kau baiki diri jadi lebih baik).
Bila berdepan dengan 2 spesies diatas, aku (hehehe) memang akan stres and down even yang kena tu kawan aku dan bukannya aku. *ehemm*
3↠KELUARGA
Haa tipu sangat kalau korang tak pernah stress dengan keluarga sendiri.. paling koman pun mesti stres dengan abang korang yang poyo atau dengan adik korang yang suka cari pasal. (Hahha) Actually, untuk remaja yang tak begitu kuat bonding dia dengan family, family tu sendiri boleh jadi faktor utama stres. Faham tak? faham tak? Means, cara untuk kurangkan stres, ibubapa perlu mainkan peranan untuk rapatkan hubungan dengan anak-anak. Aku as a remaja yang tak ramai kawan, bila dapat bercerita dengan mama aku, memang perasaan tu seronok and lega sangat. Ayah aku pulak jenis banyak tanya pasal life aku kat sekolah, jadi bila balik rumah satu perasaan lega and seronok tu ada. Tapi tu lah, bila dapat adik-beradik yang boleh tahan nakalnya, memang stres. Bayangkan, (bukan adik beradik aku. Just contoh) korang nak study, masa tu jugak lah diorang nak pasang cerita favourite korang kat tv and masa tu jugak lah diorang nak bergusti menangis- nangis. (=_=) stress kan? Rasa nak 'belai' je pipi diorang tu kan? Tapi, bila tengok je muka diorang, terus tak sampai hati nak marah (T_T).. walaupun tak boleh nak study .. stress sampai ke sudah..
Jadi, tu je lah faktor utama stres yang aku nak fokuskan. Sampai sini je lah post untuk hari ni. Hope u guys ambil iktibar mana yang elok. Thanks for reading guys. ^_^
Have a nice day!♡
Inthunder In
Tiada ulasan:
Catat Ulasan