Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dasyat. Berhabuk dah blog
aku punya lama tak update. Maafkan daku wahai cik Blog. Aku busy sekolah and
main COC. No time for blogging. Hiihi. Hm jap aku nak tulis pasal apa? Adey dah
dekat pukul 4 a.m. tapi aku belum tidur lagi. Sebab tu otak aku gagal berfungsi
dengan baik (-_-v). oh ya dah ingat.
Harini kakak intan nak cakap pasal Persekitaran Remaja Kini.
1.Persekitaran
-Buka mata korang semua. Tengok sekeliling. Apa korang nampak?
Okeylah, bercakap dari sudut diri aku sebagai remaja so aku ambil contoh paling
dekat iaitu sekolah. Ya, sekolah wahai manusia sekalian. Jujur aku cakap
sekolah antara tempat paling menguji keimanan aku sebagai seorang hamba Allah
yang nipis imannya. Bukti? Bah. Aku tengok persekitaran aku kat sekolah diisi
dengan budaya bercouple, membuli, hisap
rokok, melawan cikgu dan budaya-budaya yang kurang sopan. (tak nak cakap -_-
it’s digusting).
Aku nak ambil point couple tu. Apa
perasaan korang bila tengok couple budak sekolah ni bersweet dalam kawasan
sekolah? Luar sekolah lain cerita lah. Ini dalam sekolah pun macam tak tahu
malu. Kalau sampai tahap berbaring kat paha yang kununnnya sweet tu, please lah
, TAK SWEET LANGSUNG ok?! Behave yourself bros and sis sekalian. Kau tahu tak
kau sedang menyeksa pandangan ‘kami’ yang terpaksa tengok adegan sweet kau. Nak
tegur terasa lah, tak sporting lah, menyibuk lah. Eh, boleh tak even for a
minute pun korang wahai sweetest couple of the world ni bukak mata korang and
cares bout us(yang tukang tengok ni). kami ni serba salah nak report cikgu
kesian pulak tak report tak pasal-pasal dapat dosa free sebab galakkan maksiat.
Malu la sikit kau kat sekolah kut. Sekolah ada peraturan. Patuhi lah. Susah
sangat? Nak sweet kat luar sekolah. Tapi aku nak korang ingat sikit je pesanan
cikgu, “nak bercinta tunggu lepas habis sekolah. Time sekolah ni belajar lah
betul-betul. Gembirakan ibubapa. Dah besar nanti dapat masuk kolej ke
university ke, time tu cari lah pakwe. Sebab kat sana nanti lagi ramai lelaki
yang hensem, yang boleh dibuat suami. Kat sekolah ni belum tentu lagi diorang
Berjaya jadi calon suami yang boleh sara korang”.
And than,hari tu hari
Jumaat. Cikgu asingkan pelajar perempuan dengan pelajar lelaki masa program
bacaan Yaasin. Time tu aku dah tak sedap hati, “jarang cikgu buat macam ni.
Mesti ada kes ni.” yang pelajar lelaki tu aku tak tahu lah apa kes nya.
Biasalah budak lelaki, rokok, vape, buli and RAMBUT. Hahaha. Saja besarkan
rambut tu sebab memang dah trend eh budak laki buat rambut ntah
apa-apa(hohoho). Aku tak kisah pun. Aku Cuma enjoy bila tengok rambut diorang
kena potong je. Haahahha. Memang lawak habis. Sorang-sorang muka tak redha. XD
Okaylah, berbalik pada
cerita budak perempuan. Well, budak perempuan senang je ceritanya, pasal
Behaviour atau perangai. Hari tu mungkin agak touching sikit(pada aku)
sebab cikgu perempuan semua diberi peluang untuk luahkan rasa terkilan atau
luahan hati mereka terhadap budak perempuan or pelajar :p.. Aku try untuk
keluarkan point yang aku ingat je.
1.
First, ustazah cakap pasal bacaan
Yaasin. Dia heran kenapa walaupun Yaasin
dah dibekalkan, para pelajar masih liat nak bawa masa bacaan ramai-ramai. Boleh
pulak tu masa tengah baca Yaasin, dia boleh bantai tidur. (ish ish *terasa*)
2.
Second, pasal telefon. Hahaha yang ni
ustazah direct terus Tanya siapa yang pernah bawa phone pergi sekolah. (dengan
tak malu aku angkat tangan *terasa*) . and dekat point yang ni, ramai jugak ar
kantoi bawa phone. Ada yang sukarela beri phone kat ustazah. Fuhh, bagus-bagus
semangat cenggini kita nak. Hahah.
3.
Third, pasal petticoat @ kain dalam and
baju dalam. Straight to the point ustazah cakap siapa tak pakai angkat tangan.
Aku tak pakai kain dalam so aku pun angkat. *malu* hahaha. Lepas tu ada jugak
yang kantoi tak pakai baju dalam. XD.. wahahahaha. (*tak sedar diri*)
4.
Fourth, ustazah yang lain pulak tegur
pasal suara. We, as a girl, mestilah jaga
suara kita. Jangan lah nak merengek
buat suara gedik masa cakap dengan orang. Nampak manja kononnya tapi
bukan semua suka dengar. Buat suara biasa sudah. And masa gelak pulak, biarlah
bersopan, janganlah gelak macam Pontianak menang loteri. Huhuhu.
5.
Yang ni cikgu pulak cakap. Cikgu BI.
Tapi seriously, part yang dia cakap yang buat aku rasa nak nangis. Yelah,
bayangkan selama dia mengajar aku dia selalu cakap BI, tapi haritu dia
cakap BM, dengan suara yang lembut
sangat. Ayat pesanan dia pulak sangat touching. Memang terharu and sedih. Dia
tak garang tapi hari tu masa bagi pesanan kat pelajar perempuan, sikap keibuan
dia memang terserlah. :’) oh ya, dia cakap pasal, maruah. Kita sebagai wanita
perlulah menjaga maruah kita. Jangan terlalu mudah memberi benda yang satu tu
dekat orang lain. Walaupun kita wanita, nampak lemah, tapi kita sebenarnya
kuat. Kita mampu menggoncang dunia ni dengan menggunakan kelembutan kita.
Lelaki baik bila dia nak je. Once they got what they want, they will leave you.
Sebab tu jangan terlalu murah menjual maruah diri.
6.
Next, cikgu cakap pasal kasut. Huhu
sekolah aku patutnya pakai kasut pvc atau kasut kulit hitam je so siapa yang
pakai selain dari tu memang kaw-kaw ar kena ngan cikgu.
7.
Then, cikgu cakap lagi pasal seluar
sukan yang ketat, zip kaki seluar, tudung singkat yang kena labuhkan sikit and
stoking yang paras buku lali.
Okay my sayang
laling mucuk semua. Aku nak tido. Sampai sini jelah ye..dah pukul 5 a.m.
huhuhu. Enjoy reading guys J
Inthunder In.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan